بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن ،وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْن

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

Dia orang besar, bolehkah aku tegur kesalahannya?

Dia alim ulama, bolehkah aku tegur kesilapannya?

Dia lebih tua, bolehkah aku tegur kekhilafannya?

 

Persoalan sebegini seringkali membatasi dan mematahkan niat kita untuk memperbetulkan keadaan yang salah.

Namun sedarkah anda bahawa perintah untuk menegur kesalahan ini sudah diamanahkan Allah S.W.T kepada kita?

Tidak kira dia kuat,miskin, kaya, berpengaruh, alim ulama, tua, muda, apatah lagi yang jahil.

 

Firman Allah ;

أُولٰٓئِكَ الَّذِينَ يَعْلَمُ اللَّهُ مَا فِى قُلُوبِهِمْ فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ وَعِظْهُمْ وَقُل لَّهُمْ فِىٓ أَنْفُسِهِمْ قَوْلًۢا بَلِيغًا

Mereka itulah orang-orang yang diketahui oleh Allah akan apa yang ada dalam hati mereka, oleh itu berpalinglah engkau daripada mereka, dan nasihatilah mereka, serta katakanlah kepada mereka kata-kata yang boleh memberi kesan pada hati mereka.

[QS. An-Nisa’: Ayat 63]

Cukuplah ayat ini menjadi lesen dan kekuatan kita untuk menegur kesalahan sesiapa sahaja, namun biarlah dengan cara paling berhikmah, agar kesannya lebih dalam dan hebat.

 

 Nasihatilah mereka, serta katakanlah kepada mereka kata-kata yang boleh memberi kesan pada hati mereka.

 

Hadis ;

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Basysyar, telah menceritakan kepada kami Shafwan bin Isa dari Muhammad bin Ajlan dari Al Qa’qa’ bin Hakim dari Abu Shalih dari Abu Hurairah ia berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Agama itu adalah nasihat.” Beliau mengulanginya hingga tiga kali. Kemudian para shahabat bertanya, “Bagi siapakah wahai Rasulullah?” beliau menjawab: “Bagi Allah, Kitab-Nya, bagi para pemimpin dan kaum muslimin seluruhnya.”

Hadis Riwayat At-Tirmidzi

Maktabatu Al-Ma’arif Riyadh No.1926

 

 “Agama itu adalah nasihat.” 

 

 

picsart_07-13-02.27.03.jpg

Jadilah kita seorang mukmin yang sering menegur dan membetulkan kesilapan, dan tidak lokek dengan nasihat.

ﺃَﻗُﻮْﻝُ ﻗَﻮْ ﻟِﻲْ ﻫَﺬَﺍ ﻭَﺃَﺳْﺘَﻐْﻔِﺮُﻭْﺍ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﻟِﻲْ ﻭَﻟَﻜُﻢْ

SHAH AL-MUNZIR

Advertisements