“Jangan bermati-matian mengejar sesuatu yang tidak boleh dibawa mati”.

 

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيمِ

Manusia sifatnya suka mengejar kebendaan dan kemewahan dunia, namun akhirnya semua itu tidak boleh dibawa bersama ketika mati nanti.

Maka ia adalah sia-sia dan membuang waktu.

Sewajarnya kejarlah material akhirat, diimbangi dengan material dunia, perbanyakkan amal ibadah dan kebajikan, kerana ia adalah sebenar-benar bekal ke alam akhirat kelak.

Firman Allah S.W.T ;

أَهُمْ يَقْسِمُونَ رَحْمَتَ رَبِّكَ  ۚ  نَحْنُ قَسَمْنَا بَيْنَهُمْ مَّعِيشَتَهُمْ فِى الْحَيٰوةِ الدُّنْيَا  ۚ  وَرَفَعْنَا بَعْضَهُمْ فَوْقَ بَعْضٍ دَرَجٰتٍ لِّيَتَّخِذَ بَعْضُهُمْ بَعْضًا سُخْرِيًّا  ۗ  وَرَحْمَتُ رَبِّكَ خَيْرٌ مِّمَّا يَجْمَعُونَ

(Mengapa pemberian Kami itu mereka ingkarkan?) Adakah mereka berkuasa membahagi-bahagikan (perkara-perkara keruhanian dan keugamaan yang menjadi sebesar-besar) rahmat Tuhanmu (wahai Muhammad, seolah-olah Kami hanya berkuasa dalam perkara kebendaan dan keduniaan sahaja? Mereka tidak ingkarkan): Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia ini, (setengahnya Kami jadikan kaya raya dan setengahnya miskin menderita); dan juga Kami telah menjadikan darjat setengah mereka tertinggi dari darjat setengahnya yang lain; (semuanya itu) supaya sebahagian dari mereka senang mendapat kemudahan menjalankan kehidupannya dari (bantuan) setengahnya yang lain. Dan lagi rahmat Tuhanmu (yang meliputi kebahagiaan dunia dan akhirat) adalah lebih baik dari kebendaan dan keduniaan semata-mata yang mereka kumpulkan.

[QS. Az-Zukhruf: Ayat 32]

Dan lagi rahmat Tuhanmu (yang meliputi kebahagiaan dunia dan akhirat) adalah lebih baik dari kebendaan dan keduniaan semata-mata yang mereka kumpulkan.

Seimbangkanlah pencarian dunia dan akhirat, kerana padanya terdapat rahmat Allah yang lebih baik.

 

ﺃَﻗُﻮْﻝُ ﻗَﻮْ ﻟِﻲْ ﻫَﺬَﺍ ﻭَﺃَﺳْﺘَﻐْﻔِﺮُﻭْﺍ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﻟِﻲْ ﻭَﻟَﻜُﻢْ

SHAH AL-MUNZIR

Advertisements