BOLEHKAH KITA BERBISIK-BISIK?

 

Tahukah anda bahawa perbuatan “Berbisik-bisik” ini ada disebut dalam Al-quran?

Terkadang di dalam sesuatu keadaan, contohnya dalam suatu keramaian, pasti kita akan terlihat beberapa orang yang sentiasa bisik-berbisik sesama mereka, tidak kiralah apa tujuan bisikan mereka itu.

Persoalannya, bolehkah kita berbisik-bisik?

Jawapannya :

BOLEH jika berbisik-bisik tentang kebaikan contohnya tentang ilmu, sedekah, menegur kesilapan, memberikan semangat, mengingatkan yang lupa, dan menyeru kepada ibadah.

TIDAK BOLEH jika tentang tujuan dosa dan haram seperti mengumpat, mengadu domba, menghina, memfitnah dan lain-lain.

Dalilnya, rujuk firman Allah :

لَّا خَيْرَ فِى كَثِيرٍ مِّنْ نَّجْوٰىهُمْ إِلَّا مَنْ أَمَرَ بِصَدَقَةٍ أَوْ مَعْرُوفٍ أَوْ إِصْلٰحٍ بَيْنَ النَّاسِ  ۚ  وَمَنْ يَفْعَلْ ذٰلِكَ ابْتِغَآءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا

Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.

[QS. An-Nisa’: Ayat 114]

Berbisik-bisiklah kita pada melakukan kebaikan dan amal soleh demi mencari keredhaan Allah, janji Allah adalah pasti iaitu kurnia pahala yang amat besar.

Moga bermanfaat.

 

Wallahu a’lam

ﺃَﻗُﻮْﻝُ ﻗَﻮْ ﻟِﻲْ ﻫَﺬَﺍ ﻭَﺃَﺳْﺘَﻐْﻔِﺮُﻭْﺍ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﻟِﻲْ ﻭَﻟَﻜُﻢْ

SHAH AL-MUNZIR

Advertisements