“Teman yang tidak membantu ketika kesulitan seperti halnya musuh. Tanpa saling membantu maka hubungan teman tak akan lama. Telah kucari teman sejati dalam setiap masa, akan tetapi usahaku itu sia-sia belaka” 

IMAM SYAFI’I

 

Teman atau sahabat sejati amat sukar ditemui.

Maka carilah dan rapatilah teman dan sahabat yang LEBIH SEJATI iaitu Allah S.W.T dan pasti Dia akan titipkan kepada kita sekumpulan teman yang bermanfaat kepada kita, dunia dan akhirat.

Firman Allah ;

وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَأُولٰٓئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِّنَ النَّبِيِّۦنَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَآءِ وَالصّٰلِحِينَ  ۚ  وَحَسُنَ أُولٰٓئِكَ رَفِيقًا

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).

[QS. An-Nisa’: Ayat 69]

Moga bermanfaat

 

ﺃَﻗُﻮْﻝُ ﻗَﻮْ ﻟِﻲْ ﻫَﺬَﺍ ﻭَﺃَﺳْﺘَﻐْﻔِﺮُﻭْﺍ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﻟِﻲْ ﻭَﻟَﻜُﻢْ

SHAH AL-MUNZIR

 

Advertisements