MANUSIA PALING KENYANG DI DUNIA AKAN JADI MANUSIA PALING LAPAR DI AKHIRAT
Benarkah manusia yang suka makan sehingga kenyang di dunia akan menjadi manusia yang paling lapar di akhirat? Jawapannya benar.

Manusia yang suka makan dengan lahapnya, dan makan hingga kenyang akan membentuk sifat malas untuk beribadah. Rasa kenyang yang melampau akan membatasi tubuh untuk melakukan hal-hal lain termasuklah ibadah. 

Kerana itu makan sehingga kenyang melampau amat dilarang, dan Nabi S.A.W sendiri mengamalkan amalan makan sebelum lapar dan berhenti makan sebelum kenyang. 

Amalan dan cara pemakanan mengikut sunnah Nabi S.A.W di atas amatlah besar hikmahnya, kerana ia mengekalkan keseimbangan antara rasa lapar dan kenyang, di samping menjauhkan penyakit yang berpunca daripada perut.

Hadis ;

Telah menceritakan kepada kami Daud bin Sulaiman Al ‘Askari dan Muhammad bin Ash Shabah keduanya berkata; telah menceritakan kepada kami Sa’id bin Muhammad As Tsaqafi dari Musa Al Juhani dari Zaid bin Wahb dari ‘Athiyah bin ‘Amir Al Juhani dia berkata, “Aku mendengar Salman dipaksa untuk memakan makanan, maka dia berkata, “Cukuplah bagiku, sesungguhnya aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya manusia yang paling banyak kenyang di dunia adalah manusia yang paling lapar di hari kiamat.”

HADIS RIWAYAT IBNU MAJAH

Maktabatu Al-Ma’arif Riyadh No.3351
SHAH AL-MUNZIR


Lawati ;

Blog http://www.shahalmunzir.wordpress.com

Facebook http://www.facebook.com/shahalmunzir

Page http://www.facebook.com/naktegur

Twitter http://www.twitter.com/Shah_ALMunzir?s=08

Telegram https://www.telegram.me/kuliah_online

Advertisements