Memakai wangian merupakan suatu keperluan buat manusia zaman sekarang kerana ia bukan sahaja memberikan keselesaan kepada diri sendiri, malah buat orang di sekeliling. Di samping itu, ia mampu meningkatkan keyakinan diri seseorang.

Rasulullah S.A.W juga amat menyukai wangian, dan tidak pernah menolak wangian yang dihadiahkan kepada Baginda, sebagaimana hadis berikut ;

Hadis ;

Telah menceritakan kepada kami Abu Ma’mar telah menceritakan kepada kami ‘Abdul Warits telah menceritakan kepada kami ‘Azrah bin Tsabit Al Anshariy berkata, telah menceritakan kepadaku Tsumamah bin ‘Abdullah berkata; “Aku menemuinya lalu ia menyodorkan minyak wangi kepadaku seraya berkata; Anas radliallahu ‘anhu tidak menolak minyak wangi”. Dia berkata; “Dan Anas yakin bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tidak menolak jika ditawarkan minyak wangi”.
HADIS RIWAYAT BUKHARI

Fathul Bari No.5929
Namun ada garis panduan yang telah Nabi S.A.W tetapkan dalam pemakaian wangian, iaitu ;

Bagi lelaki = Wangian yang berwarna jernih dan kuat aromanya.

Bagi wanita = Wangian yang berwarna selain jernih dan tidak kuat aromanya (sekadar terhidu diri sendiri)

Ini berdasarkan hadis ;

Nabi s.a.w bersabda:

طيب الرجال ما ظهر ريحه وخفي لونه وطيب النساء ما خفي ريحه وظهر لونه

Maksudnya: wangian lelaki apa yang jelas baunya dan tersembunyi warnanya dan wangian perempuan apa yang tersembunyi baunya dan nyata warnanya. 

HADIS RIWAYAT IMAM AT-TIRMIDZI DAN IMAM AHMAD
Hukum memakai wangian secara berlebihan bagi wanita adalah HARAM tanpa sebab yang dibenarkan syarak, bahkan lebih berdosa jika ia menarik perhatian dan syahwat lelaki bukan mahram, dan mereka diumpamakan sebagai seorang penzina.

Hadis ;

Telah menceritakan kepada kami Marwan bin Mu’awiyah ia berkata; Telah menceritakan kepada kami Tsabit bin Umarah dari Ghunaim bin Qais dari Al Asy’ari ia berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Siapa pun dari kaum wanita yang memakai wewangian, kemudian ia melewati suatu kaum, agar mereka mencium bau wanginya, maka dia adalah wanita penzina.”
HADIS RIWAYAT IMAM AHMAD
Namun memakai wangian berlebihan untuk memikat suami hukumnya harus, sebagaimana hadis berikut ;

Hadis ;

Daripada Abu Hurairah R.A, Nabi SAW telah bersabda yang bermaksud,

“Sebaik-baik wanita (isteri) ialah jika kamu memandangnya sentiasa menyenangkan hati kamu…” 

HADIS RIWAYAT AN-NASA’I

Maksudnya isteri yang berusaha menyenangkan hati suami dalam semua hal termasuklah berhias (melainkan yang diharamkan) adalah sebaik-baik isteri.
Oleh itu, bagi lelaki dan wanita pakailah wangian yang telah digariskan oleh Islam agar diri kita terlepas daripada dosa yang mungkin tidak kita ketahui selama ini.

Wallahu a’lam

SHAH AL-MUNZIR


Lawati ;

Blog http://www.shahalmunzir.wordpress.com

Facebook http://www.facebook.com/shahalmunzir

Page http://www.facebook.com/naktegur

Twitter http://www.twitter.com/Shah_ALMunzir?s=08

Telegram https://www.telegram.me/kuliah_online

Advertisements