Aurat Wanita Islam Sesama Wanita Bukan Islam

Sumber : e-fatwa JAKIM


Tarikh Keputusan: 1 Jan, 1970
Terdapat dua pendapat berkaitan permasalahan ini :
1) Harus bagi wanita bukan Islam melihat anggota wanita Islam yang terdedah pada kebiasaannya ketika menjalankan pekerjaan. Yang dikehendaki dengan anggota yang terdedah diwaktu menjalankan pekerjaan ialah kepala,tengkok/leher, lengan dan hujung betis, dan haram baginya melihat anggota-anggota yang lain dari yang tersebut
2) Harus bagi wanita bukan Islam melihat aurat wanita kecuali anggota diantara pusat dan lutut memandangkan kepada mereka sama-sama wanita.
Pendapat pertama adalah muktamad, namun demikian memandangkan keadaan pergaulan wanita yang berlainan agama begitu meluas di sekolah-sekolah, di pusat-pusat pengajian tinggi,di asrama, di tempat bekerja dan lain-lain, maka pendapat kedua itu ada kesesuaian dengan keadaan.
Sila rujuk nas Hasyiyah Qalyubi juzuk 3 m/s 211

Sumber: e-fatwa JAKIM



Wallahu a’lam
ﺃَﻗُﻮْﻝُ ﻗَﻮْ ﻟِﻲْ ﻫَﺬَﺍ ﻭَﺃَﺳْﺘَﻐْﻔِﺮُﻭْﺍ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﻟِﻲْ ﻭَﻟَﻜُﻢْ


SHAH AL-MUNZIR


Lawati ;

Blog http://www.shahalmunzir.wordpress.com

Facebook http://www.facebook.com/shahalmunzir

Page http://www.facebook.com/naktegur

Twitter http://www.twitter.com/Shah_ALMunzir?s=08

Telegram https://www.telegram.me/kuliah_online

Advertisements