​❗️ADAB MEMINTA ILMU DARIPADA GURU❗️

🚩Situasinya dalam majlis ilmu;

💂🏻Murid: Guruku, apakah hukum melafaz niat solat?
👳🏻Guru: Muridku, melafaz niat solat hukumnya sunat.. Yang wajibnya lafazkan dalam hati serentak dengan takbiratul ikram.
💂🏻Murid: Guruku, bolehkah tuan memberikanku niat-niat bagi solat sekian-sekian?
👳🏻 Guru: (Gurunya bingkas bangun meninggalkan majlis tersebut membuatkan semua muridnya hairan dan keliru)
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

🚩Perbandingan dengan situasi di atas ;

💂🏻Murid: Guruku, apakah fungsinya telefon bimbit?
👳🏻Guru: Muridku, fungsi telefon bimbit adalah sebagai alat komunikasi, menghubungkan yang jauh, dan macam-macam lagi.
💂🏻Murid: Guruku, bolehkan tuan memberiku telefon bimbit?
👳🏻Guru: (Gurunya bingkas bangun meninggalkan majlis tersebut membuatkan semua muridnya hairan dan keliru)
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Saudara seperjuangan penuntut ilmu, mari kita menyelami hati dan kesibukan sang guru kita.
Ada perkara yang boleh ditanyakan, dan ada perkara yang perlu dicari, digali, dan diperolehi sendiri.
Tidak semua perkara atau ilmu boleh kita bergantung harap agar disampaikan oleh sang guru.
Marilah berusaha sendiri, bahkan dengan berusaha ia akan lebih melekat pada ingatan dan benak kita.
Sang guru bukannya lokek, tapi mereka sengaja mahu kita berusaha mencari ilmu, bukan sekadar bergantung harap agar diajarkan atau dimaklumkan.
Fahamilah sang guru kita, bukan sedikit insan yang perlu mereka didik, sangat banyak. Maka hormatilah, beradablah, dan berilah ruang kepada mereka agar tidak terdesak dan terbeban dengan pertanyaan-pertanyaan kita yang sebenarnya boleh diusahakan sendiri oleh kita.
Ingat, ilmu perlu dicari.. Bukan hanya dicari dengan lidah, bahkan perlu dicari dengan tangan dan kaki.
Contohilah usaha pencarian ilmu para ulama yang terdahulu.
Fahamilah..

SHAH AL-MUNZIR
✍🏻Ta’dib Fillah

Mendidik Kerana Allah
📱Telegram http://tinyurl.com/tadibfillah

Advertisements