SALAH FAHAM HANTAR ANAK KE PUSAT TAHFIZ AL-QURAN


Tidak ada sesiapa yang mampu menjaga anak-anak kita lebih baik daripada diri kita sendiri.

Kanak-kanak tidak perlu menjadi hafiz quran dan ulama di usia muda. Kalau boleh itu bonus dan anugerah Allah namun bukan semestinya.

Apa yang perlu mereka jadi ialah MANUSIA dan sejahil-jahil bubapa pun boleh melakukannya jika dia berusaha memperbaiki diri dengan mencari ilmu untuk mendidik anak-anaknya.

Memanusiakan insan itu lebih penting daripada menjadikan dia ulama atau hafal al-Quran.

Ingat, ulama pun masuk neraka atau terima rasuah. Tetapi seorang insan yang dididik dengan kasih sayang tidak akan sanggup melakukan kezaliman kepada orang lain walaupun dia kafir.

Itulah peranan agama, untuk menyelamatkan dirinya daripada api neraka bukan untuk menjadikan dirinya malaikat di dunia. Orang belum tentu menjadi baik dengan belajar agama tetapi orang yang baik pasti akan mencari ilmu dan belajar agama.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA (wafat 57 H) bahawa Nabi salallahualaihiwassalam bersabda;

فَخِيَارُكُمْ فِي الجَاهِلِيَّةِ خِيَارُكُمْ فِي الإِسْلاَمِ إِذَا فَقُهُوا

“Sebaik-baiknya kalian pada masa jahiliyah akan  menjadi yang terbaik di antara kalian pada masa Islam juga jika mereka faham agama.”

[HR. Al-Bukhari]

Sebelum kenal Islam lagi pun dah baik, punya kualiti sebagai insan dan manusia lepas itu belajarlah agama maka barulah akan menjadi muslim yang terbaik.

Nampak tak, baik itu diperolehi dalam perjalanan hidup sebagai insan. Kemudian barulah dia belajar agama untuk menyambung jalan kebaikannya agar apa yang dibuatnya betul dan membawa manfaat di hari akhirat.

Hantar tahfiz bukan jalan pintas.

Jangan diserah pada orang lain khususnya jika atas dasar bayaran-yuran dan demi mahu dia dididik oleh pak ustaz dan guru agama yang belum berkeluarga dan belum punya anak-anak sendiri yang terbukti berjaya.

فاقد الشيء لا يعطيه

Orang yang tidak memiliki sesuatu tidak dapat memberikan sesuatu…

Tetapi kalau terpaksa hantar juga, laburkan masa dan usaha mengawasi dan memerhati jangan sesekali lepas tangan atau sandarkan kepada percaya semata-mata.

Ini zaman fitnah, beringatlah!

KREDIT TO ;

t.me/EmranAhmad

Channel Tazkirah @tazkirah

Advertisements