Kehilangan orang yang disayangi amat berat untuk ditanggung. Lebih-lebih lagi mereka sudah berada di alam yang berbeza dan tidak akan ada lagi peluang langsung untuk bertemu mereka.

Samada ibubapa, adik beradik, pakcik makcik, keluarga terdekat, sahabat-sahabat dan sebagainya.

Di sebalik kesedihan, ada baiknya kita / para waris memberikan sesuatu yang bermanfaat buat mereka yang telah meninggalkan kita dan dunia ini.

Selain doa anak yang soleh, sebenarnya banyak lagi cara kita menitipkan pahala buat mereka. Berikut saya kongsikan beberapa poin yang mungkin boleh membantu in shaa Allah.

1) Jika anda seorang guru, maka bolehlah niatkan pahala yang anda dapat sepanjang mendidik anak bangsa, disedekahkan kepada Allahyarham / mah.

2) Jika anda seorang peniaga, ringan-ringankanlah hati untuk bersedekah kepada pelanggan dan pahalanya niatkan sedekah buat Allahyarham / mah.

3) Jika anda seorang pekebun atau peladang, tanamlah tanaman yang elok yang boleh dimanfaatkan untuk dimakan orang lain, dan disedekahkan pahalanya buat Allahyarham / mah.

4) Jika anda seorang penulis, tulislah dan kongsikanlah ilmu buat pengetahuan insan lain, dan niatkan pahalanya disedekahkan kepada Allahyarham / mah.

5) Jika anda seorang yang aktif dalam media sosial, kongsikanlah ilmu-ilmu agama, dakwah ringkas, kata-kata nasihat, dan niatkanlah agar pahalanya disedekahkan kepada si Allahyarham / mah.

Dan bermacam-macam cara lagi boleh kita aplikasikan.

In shaa Allah, setiap apa yang kita niatkan dan sedekahkan buat mereka akan sampai dan memberikan kebaikan khusus buat mereka yang telah meninggalkan kita.

Hadis :

Telah bercerita kepada kami Muhammad bin ‘Abdur Rohim telah mengabarkan kepada kami Rouh bin ‘Ubadah telah bercerita kepada kami Zakariya’ bin Ishaq berkata telah bercerita kepadaku ‘Amru bin Dinar dari ‘Ikrimah dari Ibnu ‘Abbas radliallahu ‘anhu; Bahwa ada seorang laki-laki berkata kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang ibunya telah meninggal dunia: “Apakah dapat bermanfaat baginya bila aku bershadaqah atas namanya?” Beliau bersabda: “Ya”. Lalu laki-laki itu berkata: “Sesungguhnya aku memiliki kebun yang penuh dengan bebuahannya dan aku bersaksi kepada Tuan bahwa aku menshadaqahkan kebun itu atas namanya”.

Riwayat Bukhari

Fathul Bari No.2770

Moga-moga tulisan ini bermanfaat buat semua.

Kongsi-kongsikan.

Shah Al-Munzir

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10211799972347527&id=1616029138

Advertisements