MENINGGALKAN DUNIA SEBELUM MENINGGAL DUNIA

Bismillahirrahmanirrahim

Lumrah jiwa manusia, jika ingin melakukan sesuatu, kita akan lakukan hanya apabila kita rasa ingin lakukan. Begitu banyak aral, risiko, hasil dan lain-lain hal yang menjadi fikiran. Sikap sebegini amatlah baik kerana dianggap berhati-hati.

Namun, tidak semua perkara wajar diaplikasikan sifat sedemikian terutamanya dalam hal ”berubah” atau ”berhijrah” menjadi insan yang lebih baik. Sewajibnya kita merubah diri dan sikap kita agar menjadi seorang mukmin yang benar. Berubah atau bertaubat, janganlah ditangguh-tangguhkan kerana ajal maut bila-bila masa akan datang menerpa.

Berubah menjadi insan yang lebih baik seharusnya tidak mendatangkan rasa malu, segan dan ragu-ragu dalam benak hati dan fikiran. Sebenarnya, halangan-halangan ini datang daripada rasa takut dimalukan oleh orang lain, risau diejek-ejek, takut kehilangan kawan lama, dan macam-macam lagi. Ia tidak lain dan tidak bukan hanyalah talbis (perangkap) syaitan semata-mata – mengekang kita daripada menjulang iman.

Desakan-desakan seperti inilah yang selalu melemahkan semangat kita untuk terus istiqomah dalam jalan menuju perubahan yang baik. Rugilah mereka yang tewas di tengah jalan hanya kerana mainan perasaan dan dipermainkan iblis.

Berikut saya sertakan serangkaian pesan Almarhum Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din berkenaan perkara ini :

” Orang mukmin yang hebat ialah, dia meninggalkan dunia sebelum dia meninggal dunia. Dia bersedekah sampai kaya, bukan dah kaya baru bersedekah. Dia berdakwah sampai jadi alim, bukan dah alim baru berdakwah. Dia datang masjid sampai ke tua, bukan dah tua baru nak ke masjid. Dia beramal sampai ikhlas, bukan dah ikhlas baru nak beramal. ”

Demikianlah serangkai nasihat yang amat dalam, dan mengesankan di hati kita. Tidak perlu kita bersikap mahu sempurna, barulah ingin berubah. Jika tidak berubah, bagaimana mendapatkan kesempurnaan?

” Orang mukmin yang hebat ialah, dia meninggalkan dunia sebelum dia meninggal dunia. Dia bersedekah sampai kaya, bukan dah kaya baru bersedekah. Dia berdakwah sampai jadi alim, bukan dah alim baru berdakwah. Dia datang masjid sampai ke tua, bukan dah tua baru nak ke masjid. Dia beramal sampai ikhlas, bukan dah ikhlas baru nak beramal. ”

Almarhum Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

Semoga perkongsian ini mampu menjadi batu loncatan dan penguat semangat bagi kita untuk memulai hidup baru yang lebih Islamik secara holistik demi menggapai syurgaNya.

Shah Al-Munzir | 15 Oktober 2017 | 25 Muharram 1439H

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s