TIDAK ADA ISTILAH MULUT JAHAT TAPI HATI BAIK DALAM ISLAM

“Mulut jahat tapi hati baik” adalah ungkapan yang sinonim dengan masyarakat kita, lebih-lebih lagi bagi mereka yang suka menegur kesalahan orang lain secara terbuka atas tiket “yang penting aku berkata benar”

Sesungguhnya mengungkapkan atau menegur kesalahan atau keburukan insan lain secara terbuka dan tidak berhikmah amatlah dikutuk oleh Allah SWT melainkan hanya kepada mereka yang teraniaya sahaja. Ini jelas dalam firmanNya :

لَا يُحِبُّ اللّٰهُ الْجَــهْرَ بِالسُّوْٓءِ مِنَ الْقَوْلِ اِلَّا مَنْ ظُلِمَ ۗ وَكَانَ اللّٰهُ سَمِيْعًا عَلِيْمًا

“Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

(QS. An-Nisa’ 4: Ayat 148)

Berdasarkan satu lagi hadis masyhur daripada baginda Rasulullah SAW :

“Ketahuilah, sesungguhnya di dalam jasad terdapat segumpal darah, jika ia baik maka baiklah seluruh jasad, dan bila rusak, maka rusaklah seluruh jasad. Ketahuilah, ia adalah hati.” (HR Imam Bukhari dan Muslim)

Jelas di sini bahawa, hati yang bersih akan melahirkan jasad dan anggota yang bersih termasuklah dari segi tutur kata, penglihatan, pendengaran, perasaan dan segala macam aspek.

Jadi marilah kita bersama-sama mengubah kebiasaan menegur kesalahan orang lain secara membuta tuli tanpa memikirkan batas larangan Islam dan perasaan mereka yang pastinya terguris.

Ingat, berkata benar wajib kena pada masa, tempat dan caranya.

“Merasakan benar” bukanlah tiket untuk kita mengguris perasaan insan lain kerana sunnah Nabi Muhammad SAW menyelesaikan sesuatu masalah dengan akhlak, adab dan pendekatan yang sederhana namun terbaik.

Wallahua’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s